koleksi lagu melayu dan english songs

Terima Kasih Atas Persinggahan Anda

Lagu membawa banyak cerita kepada kita.Ada cerita sedih gembira dan kenangan tak dapat dilupakan . Tunaikan jiwa anda dengan lagu.

Latest

Bukan Diri Ku- Main Gitar


Ada satu video nak main lagu Bukan Diri ku – Samsons
Aku jumpa di You Tube

Tak Bisa Memiliki – Samsons


Cari saja insan yang lain

Suatu Masa – M. Nasir


Cinta pertama ada yang indah ada yang duka.Namun ku mengharapkan cinta pertama adalah yang terakhir.

Kekasih Ku Di Menara : UK’s


Pasti ada yang mengalami kisah seperti dalam lagu ini.

Jika ada ceritakan lah…

Fifteen – Taylor Swift


Awek country ni pernah ada kawan masa gred 9 waktu sekolah dulu.Nama dia Abigail.Kiranya lagu ni citer tentang kawan dia lah…
Kau orang tentu ada kisah lebih kurang macam ni.. kan ?

Spending My Time – Roxette


Lagu nih kalau translate dalam peribahasa aku rasa lebih kurang pungguk rindukan bulan kot.

Cari lah jalan nak tawan balik hati sidia.

Tinggal Kenangan – Saleem


Waduh..waduh..waduh..ini memang tangkap cintan habis nih.Korang ada kenangan tak masa dulu-dulu ?

Ku Tahu Kau Rindu – Ella


Lagu ini memang lentok jugak. Aku tujukan kepada awek-awek yang pernah kecewa kerana kekasih mereka yang tak setia.

Teguh – Search


Setelah keluar dari universiti aku bekerja di sebuah firma swasta di pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Di situ aku mula berkenalan dengan seorang gadis berambut panjang.
Suria nama nya.
Suria sangat menyayangi aku tapi ku terlupa akan kesetiaan nya pada ku.Aku dibuai oleh kekayaan yang ku kumpulkan dan mudah tergoda pula pada gadis yang cantik di Kuala Lumpur.
Akhirnya aku terasa yang aku telah mengabaikan Suria.Aku menyesal kerana perbuatan aku menyebabkan Suria sungguh terasa.
Apakah aku akan dapat memenangi hati nya semula setelah apa yang telah aku lakukan ?
Maafkan aku Suria…aku harap kau terima lah ku kembali
Andai ada kasih mu…

Halimah Jongang – Eddie Hamid


Kau orang tengok cerita Halimah Jongang The Series ?Aku suka tengok citer ni. Sempoi lah. Bila Limah dah pasang gigi lain lepas accident baru lah orang lain tercengang.Tapi citer dia banyak beri pengajaran untuk kita semua.

Ok..aku nak bagi tau kau orang yang lagu tema citer ni sedap gak ? Ianya ciptaan Eddie Hamid dan semakin popular lak .

Mungkin ada kena mengena jugak lah dengan sapa-sapa yang dengar lagu nya atau tengok citer ni.

Apa pun try dengar lagu Halimah Jongang ni…